Inspiring Quotes, Inspiration Quotes, Inspiring Sayings

Dunia Rumahtangga

Monday, September 3, 2012

Dunia Buku Jahitan

Mungkin disebabkan perubahan umur yang semakin menambah. Minat dan cita cita pun berubah. Kalau kita imbas kembali dunia persekolahan, dunia universiti, dunia selepas habis diploma/degree,selepas tu sibuk nak cari kerja...kahwin...beranak pinak...selepas dah melalui serba sedikit dunia dunia tersebut...terasa sangat bosan. Aku pun mulala berjinak2 mencari hobi baru....dalam banyak2 benda rasanya menjahit paling sesuai dengan jiwa raga aku waktu ini. Walaupun dulu dulu memang dah minat tapi tak de masa dan juga tak cukup duit nak beli mesin jahit. Kalau menjahit tangan memangla aku malas...just jahit butang and baju koyak tu bolehla....hehehhehe
Tapi skrang pun aku bukannya ada masa sangat pun...tapi kalau tak buat apa2 rasa banyaknya masa terbuang begitu sahaja.
Suka sangat tengok blog2 craft cam buat beg...quilt...dan mcm2 lagi yang terer2. Blog minah saleh banyak yang bagi tutorial free.
Setakat hari ni, aku dah beli banyak gak la buku2 jahitan. Mula2 aku suka beli buku2 jepun mcm cotton friend,cucito....tapi kan bila tengok dia punya pattern arkitek pun ngaku kalah inikan pula aku yang buta pattern. Tapi suka tengok gambar2 and instruction dalam gambar. Walaupun tak paham dan memang tak akan paham dia punya tulisan.
Baru baru ni aku beralih arah ke buku omputih plak. Antara buku yg aku dah beli.


sumber gambar dari Amazon

Ketiga2 buku ni beli kat The Book Depository....harga 3 buku ni rm221.22. Kat web ni free delivery everywhere in the world. Order buku ni 2/08/2012 and sampai kat opis 27/8/2012. Aku dah bandingkan dengan harga Acmamall tu lebih kurang sama sahaja harga buku tapi kat Acmamall tu ada charge utk delivery. Sebelum beli aku tengok review buku buku ni kat amazon dulu. Kat amazon ni harga dia lagi murah tapi charge delivery dia aku tak tahula berapa...takut lebih mahal dari harga buku. Amazon ni selalu sales. Nanti nak cuba plak beli buku dengan Amazon.

First buku omputih yang aku beli ...buku Lisa Lam
sumber gambar dari Amazon


Buku ni beli ngan kawan FB. dlm rm80 lebih gak. disebabkan aku ni tersangatla baru nak belajar...rasanya buku nie sesuai utk advance. Banyak tips tapi aku tak berapa nak paham gak.

Sekarang ni, aku dah kumpul buku, kumpul kain cotton tapi hasilnya belum terkumpul....huhuhuhu